24 March 2009

Perancangan Aktiviti 2009


Pelaksanaan Aktiviti 2008


Perancangan Aktiviti 2008


Produk-produk DUN Sg. Rambai

Terdapat pelbagai produk Komuniti Bestari DUN Sungai Rambai diantaranya :

1.Agrotourism Homestay , Kampung Parit Penghulu.

2.Produk makanan ringan seperti kuih karas, kuih rempeyik, kerepek dan sebagainya di
kampung Parit Putat, Kampung Parit Perawas, Kampung Tasek.

3.Produk kraftangan seperti anyaman dan batik di kampung Parit Putat, Batu Gajah , Ayer Tawar dan Kampung Parit Penghulu.

4.Kolam Pancing di Kampung Pengkalan Leban, Sungai Rambai

Kemudahan Asas


Kegunaan Tanah


Carta Organisasi


Maklumat Penduduk


22 March 2009

Gambar-gambar Produk



PRODUK AGROTOURISM HOMESTAY, KG. PARIT PENGHULU



PRODUK BATIK / PRODUK ANYAMAN




PRODUK KUIH TRADISIONAL



KOLAM PANCING

Maklumat DUN Sg Rambai

Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai terletak di selatan Negari Melaka. Urusan pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Jasin , Penguasa Tempatan adalah di bawah Majlis Perbandaran Jasin manakala Jabatan Penerangan di bawah Pejabat Penerangan Daerah Jasin serta jabatan dan agensi lain dibawahnya.

Keluasan DUN Sungai Rambai adalah seluas 22,768 ekar atau 9214 hektar dimana terdiri daripada kampung-kampung di bawah pentadbiran Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) diantaranya :

1. JKKK Kampung Sungai Rambai Timur
2. JKKK Kampung Sungai Rambai Tengah
3. JKKK Kampung Sungai Rambai Barat
4. JKKK Kampung Batu Gajah Pasir
5. JKKK Kampung Batu Gajah
6. JKKK Kampung Ayer Tawar
7. JKKK Kampung Sebatu
8. JKKK Kampung Seri Mendapat / Lancang

Sejarah Penubuhan Komuniti Bestari Sg Rambai

Komuniti Bestari Kampung Sungai Rambai Barat yang dulunya dikenali sebagai K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca) telah ditubuhkan pada 4 April 2002 dan telah ditukar nama kepada Komuniti Bestari pada tahun 2004 di bawah Kementerian Penerangan dengan peneraju utamanya Jabatan Penerangan sebagai urusetia.

Pengerusi yang bertanggungjawab semasa penubuhan K3P (nama asal) ialah Encik Hussin bin Hj. Muhamad. Beliau menerajui Komuniti Bestari dari tahun 2002 hingga sekarang). Penggerak atau Penyelaras yang diamanahkan oleh pihak Jabatan Penerangan ketika itu ialah En. Yusof bin Samad.

Sejarah Kampung

Kampung Sungai Rambai terletak di Selatan Negeri Melaka, melalui Jalan Utama Melaka - Muar sejauh 32 Kilometer dari Bandar Melaka dan Ke Bandar Muar sejauh 10 Kilometer. Mereka dipisahkan oleh Sungai Kesang di antara Negeri Melaka dan Negeri Johor Darul Ta’zim.

Menurut kata-kata orang tua adalah dipercayai bahawa Kampung ini telah mula didiami sejak awal tahun 1800, penduduk asal dipercayai berasal dari Kampung Tedong, Kampung Serkam dan Kampung Kesang Muar Johor.

Kampung Sungai Rambai mendapat nama dari sebatang pokok rambai yang besar tumbuh diantara Kuala Parit Penghulu dan Parit Sidang Seman ke Sungai Kesang. Sebagai tanda dimana nama Sungai Rambai ini beri, pihak JKKK Sungai Rambai Barat di bawah GDW Kampung Parit Putat telah membina sebatang Tunggul Rambai yang dijadikan mercu tanda asal usul wujudnya nama Sungai Rambai ini.

Penghulu yang bertanggungjawab menamakan Kampung Sungai Rambai ini ialah Penghulu Dualim, tarikhnya dianggarkan pada tahun 1880.

Pengenalan

Komuniti Bestari Kampung Sungai Rambai Barat terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan kerana telah memberi peluang kepada Kampung kami menyertai Anugerah Komuniti Bestari Peringkat Negeri Melaka Tahun 2008 ini.

Komuniti Bestari yang bermatlamat untuk mempertingkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakannya secara bijaksana dalam menangkis tomahan,dakyah dan fitnah serta mengukuhkan jati diri yang menjadi asas kepada kestabilan politik,sosial juga ekonomi negara dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh Komuniti Bestari.

Bagi memenuhi cita-cita di atas, Komuniti Bestari Kampung Sungai Rambai Barat berusaha sedaya upaya dengan merencana serta melaksanakan berbagai aktiviti dengan jayanya dan seterusnya mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tahun 2008